eprintid: 44 rev_number: 8 eprint_status: archive userid: 1 dir: disk0/00/00/00/44 datestamp: 2016-05-23 10:32:07 lastmod: 2016-05-23 10:32:07 status_changed: 2016-05-23 10:32:07 type: article metadata_visibility: show creators_name: Maman Abdul Majid Binfas, MAMB creators_name: Mohd Syukri Yeoh Abdullah, MSYA creators_name: Ahmad Munawar Ismail, AHI creators_id: mabinfas@yahoo.co.id creators_id: mosyuoh@yahoo.com creators_id: munawar@ukm.edu.my title: TAPAK PERBEZAAN ASAL USUL GERAKAN MUHAMMADIYAH DAN NAHDLATUL ULAMA (NU) DI INDONESIA ispublished: pub subjects: BP keywords: perbezaan; asal usul; gerakan; Muhammadiyah, Nahdlatul Ulama abstract: Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama adalah dua organisasi sosial keagamaan yang dikenali oleh seantero masyarakat. Hal ini menyebabkan ia mendapat perhatian daripada para pengkaji untuk diselongkar rahsia-rahsia ilmiah, yang melibatkan para ilmuan tempatan mahupun antarabangsa. Selain itu, ia juga disebabkan oleh struktur kepimpinan yang tersusun rapi dan kukuh, bermula dari peringkat bawahan sehingga ke peringkat pusat (keseluruhan). Gerakan Muhammadiyah mula ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Kiyai Ahmad Dahlan kerana keadaan masyarakat Islam Indonesia pada ketika itu yang mengalami kemunduran dan kebekuan dalam berfikir terutamanya tentang kepercayaan masyarakat yang masih kuat berpegang kepada perkara-perkara tahayul, bidaah, dan khurafat. Manakala Nahdlatul Ulama pula ditubuhkan pada tahun 1926 oleh persatuan Kiyai-Kiyai di Jawa Timur, melalui pelbagai konflik, antaranya berlakunya perbezaan pendapat antara KH. Wahab Chasbullah dengan KH. Mas Mansyur dalam persatuan Taswir al-Afkar atau Nahdlatul Wathan (1916), serta masalah Kongres al-Islam Hindia Timur (1926) yang diadakan oleh Raja Ibn Saud di Mekah. Justeru itu, ia menjadi sangat menarik untuk dikaji terutamanya berkaitan dengan asal usul wujudnya gerakan Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama di Indonesia serta perbezaan sejarah antara kedua-dua organisasi tersebut. Walaupun organisasi Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama hanyalah organisasi bersifat gerakan sosial keagamaan, namun terdapat perbezaan dalam proses penubuhan gerakannya, yang melibatkan sejarah asal usul gerakan dan penubuhan, karya penulisan dan pekerjaan para pengasasnya, langkah-langkah monumental, faktor-faktor yang menyokong serta institusi pendidikannya. Perbezaan-perbezaan tersebut turut mempengaruhi dinamika gerakan pendidikan masing-masing date: 2014-06 date_type: published publisher: journalarticle.ukm.my official_url: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/579 id_number: 8564 full_text_status: public publication: Tapak perbezaan asal usul Gerakan Muhammadiyah Dan Nahdlatul Ulama (nu) di Indonesia number: 8564 pagerange: 14-31 refereed: TRUE issn: 1675-7513 citation: Maman Abdul Majid Binfas, MAMB dan Mohd Syukri Yeoh Abdullah, MSYA dan Ahmad Munawar Ismail, AHI (2014) TAPAK PERBEZAAN ASAL USUL GERAKAN MUHAMMADIYAH DAN NAHDLATUL ULAMA (NU) DI INDONESIA. Tapak perbezaan asal usul Gerakan Muhammadiyah Dan Nahdlatul Ulama (nu) di Indonesia (8564). pp. 14-31. ISSN 1675-7513 document_url: http://repository.uhamka.ac.id/id/eprint/44/1/6615-16736-1-SM.pdf